Skip to content
35% off all books published by Epigram
35% off all books published by Epigram

Rayuan pada Hujan


Publisher: Unggun Creative
S$10.00

Notify me when back in stock

  • Description
  • About the Author
  • Shortlisted for the Singapore Literature Prize 2020 (Malay, Poetry)

    Kumpulan 100 sajak, Rayuan Pada Hujan, mengetengahkan tema yang merangkumi pemerhatian, pengalaman dan persepsi penulisnya sebagai aktivis yang lama berkecimpung dalam kegiatan kemasyarakatan, terhadap alam dan kehidupan masyarakat. 

    Menerusi sajak-sajaknya, penulis bercakap mengenai pengalamannya dan berkongsi dengan pembaca hal dan peristiwa berkaitan dengan kepelbagaian watak manusia yang ditemui, suasana kehidupan yang ditempuh, keinginan dan aspirasi yang dikejar serta harapan-harapan yang mahu sama disempurnakan. Turut dirakam perjalanan luas yang dialami dalam dunia pekerjaannya yang menemukannya dengan kepelbagaian kerenah manusia yang dapat diambil iktibar daripadanya. Perjalanan tersebut turut membolehkannya imbas kembali sejarah tempat-tempat yang disinggah.

    Di samping menimbulkan keprihatinan penulis, sajak-sajak itu juga menyentuh sikap golongan kepimpinan dan nasib bangsa dalam hal berkaitan membangun kesejahteraan bersama.

    Rayuan Pada Hujan is a collection of 100 poems portraying the writer’s observations as a social activist. The writer speaks of various characters, living environments, and the aspirations people express. The poems record his wide travels, reflecting on the rich history of the places he visited, and express his commitment to supporting fellow poets, while commenting on the common welfare and development of the community. Focusing on hujan (rain), Rayuan Pada Hujan points the way to greater sensitivity and thoughtfulness.

  • Maarof Salleh, seorang pesara, aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan pernah berkecimpung dalam banyak kegiatan kemasyarakatan termasuk di peringkat kepimpinan. Bermula sebagai guru, dia dipinjamkan ke MUIS (1995-2003) untuk berkhidmat sepenuh masa memimpin badan itu. Selepas bersara, Maarof berkhidmat sementara sebagai Zamil Kanan Penyelidikan di ISEAS, Zamil (Penulis Tamu) di Jabatan Pengajian Melayu NUS dan tenaga pengajar di NIE/NTU dan Universiti SIM.

    Maarof mulanya menulis esei mengenai Islam dan masyarakat Islam kontemporer yang banyak diterbitkan di akhbar tempatan. Penulisan kreatif terutama puisi dan cerpen bermula terkemudian. Karyanya pernah menang beberapa hadiah persuratan termasuk Anugerah Pena Emas, 2013. Rayuan Pada Hujan bukunya yang ke-9 diterbitkan.

    Maarof Salleh is involved in community work. When he was a teacher, he was seconded to be head of MUIS (1995-2003). After retiring, he was Senior Visiting Research Fellow with ISEAS, Guest Writer in the Malay Studies Department, NUS, and lecturer at NIE/NTU and UniSIM. Maarof began writing about contemporary Islam for local media, then poetry and short stories. He has won the Golden Point Award for his short fiction. Rayuan Pada Hujan is his 9th book.

ISBN: 9789811407215
Cover Type: Paperback
Page Count: 138
Year Published: 2019